Ketiga-tiga pimpinan Dewan Muslimat yang baru diipilih pada Muktamar hari ini bergelar YB dan 2 darinya adalah Siti.
Siti Zailah dan Siti Mariah kedua-duanya Ahli Parlimen dipilih menjadi Ketua dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat pada muktamar dewan tersebut yang berlangsung di Shah Alam hari ini. Zailah dipilih menggantikan Nuridah Salleh dalam pertandingan satu lawan satu dengan Ketua Dewan Muslimat Wilayah tersebut. Manakala Siti Mariah mengenepikan cabaran Wan Hasrina Wan Hassan yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor.
Seorang lagi YB iaitu Mumtaz Mohd Nawi dipilih sebagai Naib Ketua Dewan Muslimat. Adalah diharapkan kepimpinan baru Dewan Muslimat dapat meneruskan kesinambungan perjuangan yang ditinggalkan kepimpinan terdahulu.
Rapat saf, bulatkan tekad dan memacu perjuangan ke hadapan tanpa menghiraukan salakan dan gangguan musuh yang sentiasa mencari peluang untuk melemahkan kita semua.
Comments