Muhyiddin jangan perbodohkan rakyat

Allahyarham Tun Ghafar Baba merupakan seorang pemimpin akar umbi yang naik dari bawah. Beliau disenangi oleh rakyat bawahan kerana sikapnya yang sederhana dan ucapannya yang mudah difahami oleh orang kampung.


Bila beliau masuk kampung ada sahaja projek juta-juta yang beliau katakan akan dilaksanakan oleh kerajaan.


Kini nampaknya muncul lagi seorang pemimpin yang boleh kita katakan Mr Juta-juta atau Mr Retorik. Ada sahaja projek yang diumumkan oleh pemimpin ini yang sebahagian besarnya belum tentu dilaksanakan oleh kerajaan.


Pemimpin tersebut tidak lain tidak bukan ialah Muhyidin Yassin. Wira Arjuna dalam tulisannya di Malaysiakini memperincikan sikap dan perangai Muhyiddin yang semakin ketara pandai berjanji dan berjanji.


NONEKenyataan-kenyataan Muhyiddin (menurut Wira Arjuna) sejak akhir-akhir ini menampakkan seorang pemimpin yang mengharapkan retoriknya dan pengumuman “peruntukan satu dua juta ringgit” ke mana sahaja beliau pergi adalah cukup untuk menarik sokongan rakyat. 

Tidak apa jika retorik itu adalah pembohongan semata-mata – contohnya di Sarawak, beliau mengumumkan Malaysia adalah sebuah negara maju kepada pengundi Iban di rumah panjang. Umum tahu kita masih, lebih-lebih lagi sekarang, dikategorikan sebagai negara membangun. 

Di Pahang, bulan lalu, Muhyiddin dengan selamba memberitahu masyarakat petani, kononnya hanya Malaysia satu-satu negara yang membekalkan subsidi kepada rakyat.
tobacco farmers 190505Sekali lagi, beliau lupa masyarakat tani juga mempunyai anak pinak berpelajaran yang tahu sistem subsidi diamalkan di hampir semua negara termasuk Amerika Syarikat. 

Semalam pula beliau memberi satu lagi “bola tanggung” - Malaysia menurut Muhyiddin sudah lama menjadi negara berkebajikan kerana menyediakan subsidi untuk barangan dan pendidikan percuma serta rawatan hospital pada kadar yang nominal.



Apakah Muhyidin tidak sedar bahawa rakyat tahu mahu kerajaan yang dikatakan berkebajikan oleh Muhyidin inilah yang menarik subsidi minyak, gula, elektrik dan sebagainya sehingga rakyat semakin sengsara. Apakah ini yang dikatakan kerajaan berkebajikan. 


Begitu juga dengan kos pendidikan dan perubatan yang kian meningkat. Pelajar-pelajar IPTA atau IPTS terpaksa meminjam duit dari kerajaan melalui PTPTN dan selepas tamat belajar terpaksa membayar bunga sebanyak 4 % kepada kerajaan. Adakah ini yang dikatakan kerajaan berkebajikan.


Apa pula tindakan kerajaan berkebajikan Muhyidin sekarang di saat rakyat sengsara dengan kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan sedangkan gaji tidak pula dinaikkan. Kalau dinaikkan sekalipun tidak mampu untuk menampung tsunami kenaikan harga barangan sekarang akibat kenaikan harga minyak, elektrik, gula dan sebagainya.


Tidak usahlah Muhyidin memperbodohkan rakyat kerana rakyat sudah mula membuka mata sekarang. Jangan Muhyidin perbodohkan dirinya sendiri kelak rakyat akan mencemuh dan menjengkelkan jari kepada beliau.


Sumber : Malaysiakini

Comments