Media pencacai BN akan berkubur


Media pencacai lambat laun akan berkubur. Semuanya gara-gara media ini suka memfitnah, berbohong dan seringkali melanggar etika kewartawanan. Selain itu media pencacai ini mengampu tidak bertempat sehingga pembaca mereka meluat dan loya.
Perangkaan terbaru firma Audit Bureau of Circulations (ABC) sehingga 30 Jun 2010 menunjukkan edaran Utusan Malaysia milik Umno merosot 5.9 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu jatuh dari 181,346 naskhah kepada hanya 170,558.
Laporan ABC juga menunjukkan jualan The Star merosot dari 295,479 naskhah kepada 286,409 (-3.1 peratus), New Straits Times dari 120,770 kepada 109,341 (-9.5 peratus) dan Berita Harian dari 183,187 kepada 160,597 (-12.3 peratus).
Terbukti rakyat Malaysia sudah tidak lagi percaya kepada media pencacai sebegini. Hanya nombor ekor dan berita sukan sahaja yang benar yang lain boleh dibaca tetapi percaya jangan. Pembaca mesti memeriksa dan mencari media alternatif untuk memastikan kebenaran berita dan laporan yang disiarkan media pencacai ini.

Comments

Anonymous said…
Saya kurangya edaran akhbar tersebut adalah disebabkan ramai pembaca yg membaca secara online...