Mat Sabu gesa Polis Malaysia kembali kepada peranan sebenar


Jasin : Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu menggesa Polis Malaysia supaya segera berubah dan kembali kepada peranan sebenar sebagaimana Polis di negara lain termasuk Eropah dan Indonesia.

"Sikap pihak polis di Malaysia sangat berbeza jika di bandingkan dengan sikap polis di negara lain dengan mengambil contoh di indonesia, di mana ketua polis Jakarta di sana akan membenarkan mana-mana pihak mengadakan demonstrasi aman dan para demonstran akan di lindungi dan perjalanan demonstrasi itu dikawal pihak polis."

"Begitu juga di negara-negara Eropah sebagai contoh hampir setiap minggu rakyatnya termasuk pelajar-pelajar akan mengadakan himpunan aman. Pihak polis mereka memberikan kebenaran dan mengawal keadaan sehingga tamat himpunan tersebut" kata Muhammad.

"Pihak polis memang ada kuasa, mereka boleh buat apa sahaja pada rakyat, kita bukan melawan pihak polis dan tiada niat untuk melawan, tetapi kita hanya melawan sistem pilihanraya yang kotor" ujar Muhammad.

Muhammad berkata BERSIH 2.0 sebagai penganjur tidak akan gentar dengan ugutan dan amaran pihak Polis yang jelas tidak peka kepada hasrat dan kehendak rakyat yang mahukan pilihanraya yang telus, bersih dan adil.

Menurutnya PAS sendiri akan mengarahkan seluruh ahlinya supaya hadir pada himpunan aman tersebut di mana kira-kira 300,000 ahli PAS dijangka akan mengambil bahagian pada hari tersebut.

Beliau berkata demikian pada ceramah pelancaran BERSIH 2.0 peringkat di negeri Melaka di Dataran Hamas, Kompleks PAS Jasin di sini malam tadi.

Timbalan ketua polis negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang sebelum ini telak mendesak bahawa pihak polis akan membuat tangkapan terhadap mana-mana mereka yang menyertai himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai nanti di lihat suatu fenomena pelik di sebuah negara demokrasi yang di amalkan di Malaysia.

Turut hadir berceramah pada program tersebut termasuk Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar mD Akin dan Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San; Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Yuhaizad Abdullah  dan Yang Dipertua PAS Jasin, Kamarudin Sidek.

Comments