Polis semakin menggila sehari dua ini. Mereka menjadikan rakyat bagaikan penjenayah besar walaupun tiada kesalahan yang dilakukan. Kesalahan mereka hanyalah kerana menyokong BERSIH. Semalam Ahli Parlimen Sg Siput Dr. D.Jayakumar dan 30 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap di Tol Sg Dua, Butterworth,
Mereka semua dalam perjalanan untuk menghadiri program pelancaran BERSIH 2.0 di Pulau Pinang.
Adalah dijangkakan ramai lagi pemimpin dan penyokong BERSIH 2.0 akan ditahan sebagai usaha Umno/BN untuk menghalang himpunan BERSIH ini.
Pihak pencacai akan mencipta pelbagai tuduhan bagi menghalalkan penangkapan haram mereka.
Mereka sudah tidak ada cara lain untuk menghalang kemaraan rakyat yang semakin sedar akan kebobrokan SPR dan Kerajaan Umno/BN.
Comments