Komunis resapi BERSIH la pulak

Akhbar pencacai Umno terus memomokkan BERSIH sebagai himpunan haram dan sebagainya. Hari ini BERSIH difitnah pula dengan lebih hebat kononnya BERSIH diresapi komunis Sejak bila pula BERSIH menganut ajaran komunis atau cenderung kepada komunis. 

Setahu kita semua NGO dan parti politik yang menyokong BERSIH semuanya berdaftar dengan pendaftar pertubuhan. Jika mereka cenderung atau menganut ideologi komunis siang-siang lagi pendaftaran mereka dibatal atau tidak diluluskan.

Hebat sungguh fitnah dan tohmah terhadap BERSIH. Kononnya terdapat orang asing yang ada kaitan dengan komunis memasuki negara ini untuk menyokong BERSIH. Sedangkan BERSIH ditubuhkan semata-mata untuk menuntut penambahbaikan sistem pilihanraya.

Semasa BERSIH 1 dulupun tidak timbul isu komunis dan sebagainya .....semua ini hanyalah fitnah bagi memburuk-burukkan BERSIH.

Hari ini media pencacai Umno/BN melaporkan bahawa ancaman terhadap keselamatan negara melalui gerakan komunis yang kini meresapi demonstrasi haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berada pada tahap membimbangkan.

Ini kerana, gerakan tersebut yang diketuai oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dikesan bersekongkol dengan ejen asing dari Filipina dan Korea Selatan untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan.

Hakikat itu terbukti selepas sekumpulan 29 ahli PSM bersama seorang lelaki Filipina, Romeo Castillo, 59, dan seorang warga Korea, Min Young Song, 24, ditahan di hadapan Kolej Matrikulasi di Ledang, Johor, Sabtu lalu.

Sumber memaklumkan kepada Utusan Malaysia, kedua-dua warga asing itu memasuki negara ini atas pembiayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing, yang berpangkalan di luar negara bagi memastikan Malaysia huru-hara.                                                                                                                  

Comments