Kita beri senjata pada musuh, kita yang susah

Seperti dijangka kenyataan akhbar Timbalan Presiden PAS yang menyentuh isu berkaitan dengan kerajaan negeri Kedah dijadikan senjata oleh Umno negeri Kedah menghentam kerajaan Kedah.

Utusan Meloya hari ini menyiarkan kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah yang meminta Kerajaan Pas Kedah memberi penjelasan berhubung kebimbangan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tentang kemungkinan berlaku penyelewengan membabitkan sumber balak di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah, Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, penjelasan itu perlu memandangkan perkara berkenaan dibangkitkan sendiri oleh Mohamad selaku orang nombor dua Pas dan bukannya oleh orang luar.

Tegasnya, rakyat negeri ini mempunyai hak untuk mengetahui perkara sebenar mengenai isu balak yang selalu dibanggakan oleh kerajaan negeri dengan mendakwa hasilnya meningkat berlipat kali ganda setiap tahun.

Kita memang sangat bersetuju dengan tindakan Mat Sabu membuat kenyataan tersebut tetapi bagi saya ianya patut dibuat dalam mesyuarat tertutup bukannya kepada akhbar atau media yang akhirnya dieksploitasi oleh musuh. Pembaca khasnya orang Umno dan atas pagar mudah terpengaruh dengan isu seumpama ini walaupun ianya tiada bukti tetapi seolah-olah ianya berlaku akibat mainan media yang pakar membuat spin atas apa juga isu.

Saya sekali lagi mencadangkan kepada semua pimpinan supaya terus membuat teguran dan kritikan kepada kerajaan PR tetapi perlu melihat situasi dan keadaan yang sesuai. Bukan semua perkara kita boleh berikan kenyataan khasnya kepada media yang sentiasa lapar dan kemaruk untuk membuat fitnah bagi memuaskan nafsu syahwat tuannya yang memang buas dan bernafsu besar.

Comments

Anonymous said…
mat sabu dh naik tocang ingat mat jgn cari popular dgn hentam kwn biarlah cara ttutup,drp dulu sy tk stuju dia jd timb prednt dia bkn ilmuan agma hnya pndai bsyrah n hentam org sj, sy lbh suka tuan brhim sbg tim presdt tp perwakilan PAS tk cerdik pilih sabu