Kerajaan mesti ambil tindakan keras terhadap Utusan Malaysia

Kerajaan Malaysia mesti mengambil tindakan keras terhadap Utusan Malaysia yang secara terang-terang menghina hukum Islam dalam isu membawa 4 saksi jika menuduh seseorang berzina. 

Utusan mesti ditarik permitnya kerana telah mengeliru dan menyesatkan umat Islam Malaysia dalam isu ini. Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka yang bertindak pantas mengecam Utusan Malaysia yang jelas biadap dan kurang ajar kepada Islam dan umat Islam.


Saya menyarankan semua Pertubuhan Islam samada politik atau bukan politik supaya membuat laporan Polis dan membuat bantahan aman terhadap Utusan. Tindakan Utusan yang berani mempersenda-senda hukum Islam ini amat dikesali. 


Ini bukan soal main-main, ini soal hukum Allah. Sesiapa yang mempertikaikan hukum Allah buruk padahnya. Tanyalah Ustaz apa hukumnya orang sedemikian.


Saya juga menggesa Jamil Khir dan Mashitah Ibrahim supaya mengeluarkan kenyataan tentang isu ini. 

Comments