Kepimpinan Ulama terhakis di dalam PAS?

Kepimpinan Ulama PAS terhakis di dalam PAS. Itulah antara tajuk utama akhbar arus perdana esok berikutan kemenangan Mohd Sabu, Husam, Salahuddin dan Mahfuz yang dipilih sebagai Timbalan dan Naib-Naib Presiden PAS. Semua mereka tidak mempunyai latar pendidikan agama secara formal. Atau boleh kita katakan bukannya bertaraf ulama'. Kesemua calon-calon yang bertaraf ulama' iaitu Nasharuddin Mat Isa, Tuan Ibrahim Tuan Man, Nik Amar Nik Abdullah tewas pada pemiihan kali ini.

Media arus perdana sudah tentu akan menggunakan peluru ini setelah percubaan mereka selama ini dilihat gagal menggugat keutuhan dan kepercayaan serta thiqah ahli PAS kepada jemaah kita ini.

Selain itu kemenangan Mohd Sabu(Abang Mat) selaku Timbalan Presiden, sudah tentu akan merancakkan lagi media untuk mencari isu untuk menghentam Abang Mat.

Namun begitu kita yakin ahli PAS dan rakyat Malaysia yang menyokong PAS dan PR sudah matang dan tidak akan termakan dengan segala serangan pemikiran dan perang saraf media berkaitan kepimpinan baru.

Kita ingin tegaskan bahawa sesiapa pun yang dipilih memimpin PAS adalah pejuang yang telah ditarbiah oleh PAS untuk menjadi pendokong perjuangan suci ini. Selain itu perlembagaan kita yang meletakkan Islam sebagai asas perjuangan dengan dikawal dan dipandu oleh Majis Syuro Ulama' sudah tentu akan memelihara PAS agar sentiasa komited terhadap perjuangan Islam.

Comments