Kasihan sungguh Presiden parti Katak,terpaksa menjerit melolong untuk membodek Najib supaya dirinya dipilih untuk bertanding pada PRU 13 nanti.
Beliau yang juga Presiden 'Perkasam' nampaknya lebih Umno dari orang Umno. Apa sahaja yang mahu dilaksanakan oleh PR semuanya dibangkang tanpa usul periksa. Yang penting baginya beliau mendapat publisiti dan political mileage bagi meneruskan kelangsungan karier politiknya yang kian sampai ke penamat.
Terbaru beliau ingin menganjurkan perhimpunan bagi menghalang BERSIH 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini. Mungkin agaknya Presiden Perkasam ini dapat mengumpulkan setengah juta orang mengatasi BERSIH 2.0 yang hanya mensasarkan kehadiran sekitar 300,000 orang sahaja. Hebat Presiden Parti Katak ini mengalahkan Perdana Menteri yang gagal menarik minat belia hadir pada program 1juta Belia baru-baru ini.
Selain itu beliau juga mahu semua orang Melayu Pulau Pinang menghalang usaha Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang mahu mengendali pemilihan AJK Masjid mengikut sistem pilihanraya. Tidak ada sebab dan tidak angin tiba-tiba pokok Perkasam ini bergoyang. Memang betullah Perkasam ini lebih sudu dari kuah.
Semoga Najib akan memilih beliau bertanding mewakili BN di Pasir Mas supaya beliau dapat dikuburkan di situ.

Comments