Kalau sudah sah Anwar dalam video sila dakwa di Mahkamah Syariah

Ustaz Rahim Thamby Chik iaitu pendakwah yang berjihad untuk mengelakkan rakyat Malaysia berketuakan pemimpin Maksiat mendakwa bahawa 'pelakon' video itu sah Anwar Ibrahim. Yakin dan berani sungguh 'Ustaz' Rahim ini mendakwa orang tanpa bukti dan membawa 4 orang saksi adil seperti yang disyaratkan oleh hukum Islam. 

Kalau sudah benar-benar yakin itu adalah Anwar apa tunggu lagi sila minta atau arah JAWI tangkap Anwar dakwa di Mahkamah Syariah mengikut hukum Syariah. Sila panggil saksi-saksi yang melihat perlakuan zina itu. Kita hendak tengok adakah orang seperti Eskay Abdullah dan Rahim Thamby Chik layak menjadi saksi sebab mereka kelihatan seperti manusia maksum dan wali-wali di sisi Umno/BN sehingga apa sahaja yang mereka dakwa semuanya seolah-olah benar belaka.

Mengapa sampai sekarang Anwar masih belum didakwa lagi walaupun sudah berbulan-bulan isu ini menjadi bahan fitnah dan tohmah pencacai Umno/BN atas arahan tuannya yang tidak takut kepada Allah.

Kalau masing-masing takut kepada Allah sudah tentu mereka tidak berani membuat fitnah Anwar berzina kerana mereka tidak cukup syarat untuk membuat tuduhan tersebut. Tetapi dek kerana habuan dunia manusia lupa akan hukuman Allah yang maha dahsyat.

Comments

Anonymous said…
name anwar tcemar so dia je la report polis.. itupn kl betul anwar xbsalah la kn.. awk da tgk video 2? biarla polis siasat.. org g dedahkn 2 pn kwn baik dia.. nk mnyokong pn jgnla tuduh krajaan takut.. cube kwn ko tuduh ko bzina ko report polis x? mesti ko report kl ko xsalah btl x? pepatah mlayu pn brkate brani kerana benar cik abg oii