Semalam Zahid Hamidi pula memfitnah Anwar dengan mendakwa seolah-olah pelakon video seks yang ditayangkan oleh kumpulan 'T' memang Anwar.
Menurut Zahid Hamidi bukti utama iaitu rakaman video seks, telah disahkan tulen oleh dua pakar Amerika Syarikat, Prof. Hany Farid dan Prof. Lorenzo Torresani bahawa pelakunya 99.99 peratus menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain itu, katanya, bukti alibi kononnya Anwar bersama keluarga dan sedang berinteraksi di laman sosial Twitter serta Facebook ketika aksi seks berlangsung juga satu pembohongan, kerana sistem kamera liter tertutup (CCTV) menunjukkan Anwar berada di lokasi kejadian.
Memang pelakunya menyerupai Anwar tetapi ianya belum tentu Anwar. Islam mengajar penganutnya mendakwa orang lain dengan tuduhan zina supaya tertuduh didakwa di Mahkamah Syariah. Si penuduh mesti membawa 4 orang saksi yang adil tidak fasik.
Berani Zahid Hamidi menuduh Anwar tanpa sebarang bukti sah yang disyaratkan Islam serta juga tanpa 4 orang saksi yang adil.
Lebih menggelikan hati Zahid meminta Mursyidul Am dan Presiden PAS menunaikan solat istikharah untuk memberik petunjuk tentang siapa sebenarnya penzina di dalam video itu. Sedangkan kedua-dua pemimpin PAS itu telah menyatakan dengan jelas dakwa sahaja Anwar di Mahkamah Syariah sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam keatas orang yang dituduh melakukan zina.
Jelas sekali Umno, pemimpin dan pencacainya takut kepada hukum Islam. Bukannya sudah untuk mendakwa Anwar di Mahkamah Syariah .......kamu ada semua Hakim, Pendakwa dan saksi .....bukankah saksi utama kamu ialah Eskay Abdullah, Rahim Thamby Chik, Shuaib Lazim dan lain-lain. Kita lihat nanti samada Islam boleh menerima persaksian ketiga-tiga saksi kamu itu.
Comments