Isu tarif air naik : PKR cabar BN berdebat

Parti Keadilan Rakyat Melaka menggesa supaya kerajaan BN Melaka berdebat dalam isu kenaikan tarif air negeri Melaka pada April yang lepas. Ini kerana Kerajaan Negeri yang menaikkan secara drastik tanpa ada sebarang inisiatif untuk berdailog bersama rakyat Melaka. Rata-rata kenaikan ini cukup memberi tekanan kepada rakyat yang menggunakan air di Negeri Melaka ini.

Beberapa tinjauan yang telah dilakukan mendapati ramai rakyat yang tidak sedar kenaikan ini dan amat kecewa dengan sikap Kerajaan BN Melaka. Oleh itu Keadilan Melaka bersama Pakatan Rakyat Melaka telah mengumpulkkan tandatangan dan telah berjaya mengumpul lebih lima ribu tandatangan bantahan.

Satu memorandum berserta dengan tandatangan yang telah dikumpul akan diserahkan kepada kerajaan negeri setelah selesai Debat nanti. Oleh itu diharapkan agar Debat ini akan memberi idea kepada kerajaan supaya dapat mengkaji semula harga tarif air ini. Keadilan Melaka yakin perbelanjaan untuk baik-pulih dan menaik taraf bukan sebab utama kenaikkan harga ini kerana kerajaan negeri telah mempunyai peruntukkan tersendiri.

Ini ternyata berbeza dengan kerajaan PR Selangor yang memberi air percuma dan mempertahan rakyat supaya tidak dibebani kenaikkan tarif air termasuk kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang mengkaji semula tarif air dengan kerajaan Persekutuan.

Justeru kami berharap Debat ini akan disiarkan secara langsung supaya rakyat dapat menilai fakta-fakta yang akan dibangkitkan kelak. Dan beserta ini kami lampirkan harga baru tarif air Melaka 2011.
JUMLAH =RM24.65 ...... JUMLAH =RM23.45 Contoh pengiraan bagi bil air domestik (perumahan) untuk 27 meter padu:
Pertambahan RM 1.20.

Hairiz Nordin
Ketua Penerangan PKR Melaka
019-6872441

Comments