Isu Palestin dipolitikkan Umno

Umno memang tidak beretika dan sentiasa mengambil kesempatan walau dalam keadaan apa sekalipun.  Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia malam tadi pun dipolitikkan oleh Umno apabila Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang sepatutnya menyampaikan ucapan dibatalkan di saat akhir.


Program tersebut cuba dimonopoli oleh Umno BN termasuk NGO milik mereka, Aman Malaysia sedangkan isu Palestin adalah isu sejagat bukannya isu yang sewajarnya dipolitikkan.


Jelas sekali Umno cukup terdesak sekarang. Semua program aktiviti yang melibatkan rakyat mahu dikuasai oleh mereka 'by hook or by crook'.

Comments