Isu kartun hina Islam : Utusan masih degil tidak mohon maaf

Utusan media pencacai Umno seperti juga tuannya berdegil tidak memohon maaf terhadap tindakannya menyiarkan kartun menghina hukum Islam minggu lepas. Walaupun desakan demi desakan dihamburkan kepada pencacai Umno tersebut mereka tetap biadap diam seribu bahasa..

Semalam Dewan Pemuda PAS Kelantan telah menghantar memo bantahan kepada Utusan meminta akhbar pencacai itu memohon maaf. Jika tidak Pemuda Kelantan akan melancarkan kempen besar-besaran memboikot Utusan. Sebelum itu Dewan Pemuda Pusat juga melakukan perkara yang sama.

Sungguh keras hati akhbar pencacai Umno ini sehingga perkara sensitif seperti ini pun iaitu yang berkaitan dengan aqidah pun mereka tidak memohon maaf kepada pembacanya. Mungkin mereka sudah bertaubat kepada Allah, namun yang pasti kepada manusia mereka kena mohon maaf selagi ianya tidak dimaafkan oleh manusia mereka kena berusaha supaya dimaafkan oleh manusia yang membacanya.

Comments

Anonymous said…
utusan tak mohon maaf,,mugkin dia fikir dia betul kot..mgkin niat dia nak sindir pemimpim pas..tp dia silap jalan..
Anonymous said…
rfref