Himpunan Santai BERSIH, mengapa Kerajaan BN takut?

Himpunan BERSIH 2.0 adalah himpunan santai dan aman bukannya himpunan ganas dan radikal. Rakyat hanya mahu berhimpun secara santai sambil menyerahkan memo kepada Seri Padukan Baginda Yang Dipertuan Agong. Itu sahaja. Tetapi mengapa BN begitu takut sehingga mengambil langkah yang keras.

Jika ianya dikawal dan tiada provokasi dari pihak berkuasa sudah pasti himpunan itu akan berakhir secara aman damai.

Ada yang bertanya mengapa tidak dibuat di Stadium? Apa beza antara Stadium dan luar Stadium.....jika dibuat di luar Stadium ia memberi peluang kepada rakyat untuk sama-sama menyertai perarakan secara santai sambil menyuarakan tuntutan yang jelas dapat menambahbaikan perjalanan pilihanraya.

Tidak timbul rasa tergugat dan sebagainya kerana jumlahnya tidaklah ramai mungkin hanya 50,000 orang sahaja sedangkan kerajaan baru-baru berjaya mengumpulkan 1 juta belia. Jadi tidak perlulah kerajaan BN risau kerana rakyat masih bersama BN sehingga 1 juta belia berjaya dikumpulkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Bagi saya tiada apa yang hendak dirisaukan jika semua pihak termasuk peserta demo, pihak berkuasa memberikan kerjasama yang baik. Sudah terbukti peserta demo PR sentiasa berdisiplin dan tidak melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang. Keadaan hanya menjadi kelam kabut selepas pihak berkuasa menganggu demo tersebut dengan tembakan gas pemedih mata, pancutan meriam air dan sebagainya.

Selepas berhimpun mereka akan  bersurai secara aman, ada yang membeli belah, ada yang akan melawat tempat-tempat menarik di KL dan sebagai. Takkan itupun tak boleh .....

Comments

Anonymous said…
Puak UMNO ni kan bangang..... cakaplah apapun tak akan jalan punya dah memang dasar bangan dulu kini selamanya ..... kepala otak sempit akai tak dak