Himpunan BERSIH 2.0 wajib disertai

Ketua Urusan Ulama' PAS Kawasan Jasin, Ustaz Faizal Ahmad menyeru seluruh ahli PAS supaya hadir pada demonstrasi BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai nanti. Ahli PAS wajib hadir maka menyatakan sokongan kepada kehendak rakyat yang mahukan pilihanraya bersih dan telus.

"Ahli PAS wajib hadir kerana ianya merupakan tanggungjawab kita sebagai ahli PAS dan orang Islam yang mahukan pilihanraya yang adil, telus dan bersih".

"Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib telah mengarahkan seluruh ahli PAS turun padang, tiada alasan lagi" tambah Ustaz Faizal.

Menurutnya kalau Mursyidul Am PAS yang uzur akan turut sama hadir pada demonstrasi itu, takkan lah kita yang sihat dan muda takut dan untuk turut sama hadir.

Comments