13 June 2011

Hati-hati bercakap kepada media

Sudah acap kali saya mengingatkan pimpinan supaya berhati-hati ketika bercakap kepada media. Saya pernah menegaskan perkara yang sama ketika berucap membahaskan ucapan dasar Presiden pada Muktamar ke 55 di Shah Alam dua tahun lepas. Namun nampaknya pemimpin atasan masih terus mengeluarkan kenyataan akhbar yang pada pandangan saya mendedahkan kita kepada serangan musuh.

Memang kita sedar ketika menjawab pertanyaan wartawan ataupun ketika mengeluarkan kenyataan akhbar. Oleh kerana itulah kita mesti berhati-hati setiap masa. Ada wartawan yang sengaja membuat provokasi supaya kita tersikap cakap dan sebagainya.

Kita semua tahu media yang sebahagian besarnya menjadi agen dan pencacai musuh sentiasa mencari peluang untuk menangguk di air keruh apa sahaja perkara negatif. Malah banyak kali apa yang tidak kita cakapkan pun mereka putarbelit dan siarkan.

Semalam Timbalan Presiden PAS yang baru., Haji Mohammad Sabu mengeluarkan kenyataan yang menyentuh kerajaan Kedah dan Kelantan serta Pulau Pinang. Hari ini Setiausaha Politik Menteri Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor(kanan) menjawab kenyataan Mohammad Sabu di Malaysiakini. Nampaknya mereka berbalas hujah di media. Tindakan ini sudah tentu tidak baik. Alangkah baiknya jika sebelum mengeluarkan kenyataan yang mungkin sensitif dan kontroversi kita berhati-hati sedikit. Bawalah berbincang dahulu.


Saya syorkan perkara tidak dipanjang-panjangkan. Kalau nak berpolemik eloklah dibuat secara berdepan bukannya di media.

1 comment:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter