Harga Minyak : Malaysia jauh lebih hebat dari Indonesia

Malaysia memang selamanya lebih hebat dari negera lain. Bila kerajaan membandingkan sesuatu harga barangan atau caj perkhidmatan mereka akan membandingkan dengan negara jiran. Tidak ada kerja lain selain cuba menghalalkan semua langkah yang jelas menyusahkan rakyat. Semuanya semata-mata untuk mengabui mata rakyat yang sesetengahnya tidak mahu mencelikkan mata dan membuka telingan lubang telinga luas-luas.

Hari ini Harakahdaily melaporkan kenyataan Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim bahawa Indonesia menurunkan harga minyak disaat kerajaan Malaysia mendera rakyat dengan menaikkan harga minyak (terbaru menaikkan RON 97 tidak lama dahulu).

Kelmarin, PT Pertamina Indonesia mengambil tindakan untuk kali kedua dalam tempoh seminggu iaitu menurunkan harga petrol antara Rp 200 hingga Rp 600 per liter atau dalam RM0.07 hingga RM0.21 seliter.

Ketua Penerangan PAS Perak ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan yang diambil oleh Kerajaan Republik Indonesia itu merupakan satu jawapan yang jelas kepada apa yang telah dikatakan oleh Pakatan Rakyat di Malaysia bahawa harga minyak boleh diturunkan.

"Pakatan Rakyat menegaskan berulang bahawa Malaysia mampu menurunkan harga minyak bila BN jadi pembangkang selepas PRU ke 13 nanti.

"Malah ada isu yang mengatakan sepatutnya harga minyak di Malaysia sekiranya pengurusan ekonomi negara tidak pincang selama 50 tahun lebih sebenarnya boleh sampai ke tahap RM 0.60 seliter dan tidak semahal sekarang,"katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Rakyat Malaysia mesti membuka mata tentang perkara ini. Sudah jelas bahawa kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang hanya ingin menekan rakyat apabila mereka menghadapi masalah kewangan yang disebabkan amalan rasuah, penyelewengan, kronisme, ketirisan dan sebagainya.

Comments