Harapan menggunung untuk Pemuda Islam


Umur pemuda sudah saya lepasi. Sempat bersama perjuangan pemuda sejak berumur 14 tahun sehingga 40 tahun iaitu dari tahun 1982 hingga 2008. 

Saya juga merasai perjuangan kepemudaan bermula di Pahang kemudian ke Pulau Pinang kembali ke Pahang dan mengakhiri perjuangan kepemudaan di Melaka. Amanah terakhir di peringkat pemuda ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil dan AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka. 

Di sepanjang perjalanan perjuangan bersama Pemuda saya sempat menggalas amanah sebagai AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Jelutong, Pulau Pinang, AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh, Pahang; Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil. Semoga Allah mengampun segala dosa saya yang mungkin dilakukan kerana gagal menunaikan amanah dengan sebaik mungkin.

Perjuangan bersama pemuda cukup manis dan sukar dilupakan. Lebih manis lagi saya sempat bersama-sama dengan pemuda di 3 buah negeri.......ramai sahabat, teman dan rakan yang dikenali dan diingati.

Saya berdoa agar Pemuda terus mantap dan komited serta bersemangat menjadi saf hadapan perjuangan Islam Insya Allah. Melihat kepada saf kepimpinan Pemuda Pusat dalam gambar di atas tidak syak lagi mereka berupaya untuk mendepani perjuangan membebaskan rakyat Malaysia dari perhambaan kepada BN kepada perhambaan kepada Allah dan menegakkan negara yang baik dan mendapat keampunan dari Allah.

Gambar Saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat sessi 2011 2013.

Comments