Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air tidak berhasrat untuk mengusulkan kepada kerajaan program pemberian air "1,000 liter pertama percuma" kerana ia menggalakkan pembaziran.
Timbalannya, Noriah Kasnon, berkata caj yang dikenakan kepada rakyat masih berpatutan dan tidak membebankan berdasarkan tarif air sedia ada bagi semua negeri.
"Kementerian mengambil pendekatan ini ke arah mendidik dan menggalakkan penggunaan air secara berhemah demi memastikan kelestarian sumber air untuk diwarisi generasi akan datang," katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Jangan mimpi untuk kerajaan BN memberikan air percuma seperti kerajaan PR Selangor (20 meter padu air percuma) sebaliknya mereka akan berusaha untuk me'ringan'kan beban rakyat dengan menaikkan tarif air dari masa ke semasa. Baru-baru kerajaan Melaka menaikkan tarif air walaupun Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) untung besar.
Inilah sikap kerajaan BN dari dahulu kini dan mungkin selamanya iaitu menekan rakyat sesuai dengan slogan mereka RAKYAT DIDAHULUKAN dengan kenaikan harga barang dan sebagainya.

Comments