BERSIH 2.0 : Sekurang-kurangnya 10,000 dari Melaka

PAS Melaka memberi komitmen menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 dan lebih 10,000 ahlinya akan menyertainya di ibunegara pada 9 Julai depan.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Hj Adly Zahari berkata, ia sebagai menyokong tuntutan lapan perkara yang diminta oleh BERSIH.Menurutnya, perhimpunan secara aman ini merupakan satu hak rakyat yang dijamin di bawah Perlembagaan, dan dengan demikian, tidak perlu dipertikaikan mana-mana pihak.

Insya Allah PAS Kawasan dan Dewan Pemuda sudahpun merancangan strategik tertentu bagi memastikan kita dapat menggerakkan lebih dari 80% ahli PAS Melaka hadir pada Himpunan BERSIH 2.0 ini.

Beberapa ahli PAS yang ditemui tetap bersemangat untuk bersama hadir pada himpunan tersebut walaupun pelbagai acaman dan ugutan dilakukan oleh pihak-pihak pencacai Umno

Sumber : Msiakini

Comments