BERSIH 2.0 : Ahli PAS Wajib turun

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat mengeluarkan arahan kepada seluruh ahli PAS supaya turun pada perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Pendapat beliau disokong oleh Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang berkata himpunan itu perlu kerana setakat ini tiada pembaharuan dalam sistem pilihanraya Malaysia.

"Saya sependapat dengan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat iaitu semua ahli PAS WAJIB turun untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil -yang masih lagi tidak dilayan oleh pemerintah" katanya kepada Harakah baru-baru ini.

Comments