Banyaknya gigi dicabut Khir Toyo hingga dapat kumpul jutaan ringgit

Malaysiakini melaporkan bahawa Mantan Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo membelanjakan RM6.5 juta bagi mengubah-suai rumahnya daripada rekabentuk asal Itali tropikal kepada konsep Bali, kata pereka lanskap yang dipertanggungjawab membuat pengubah-suaian itu, Nasir Ismail, di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Banyak sungguh duit Khir Toyo sehingga dapat mengumpulkan duit sebanyak itu. Suatu ketika dahulu Khir Toyo pernah menyatakan duit sebanyak itu dikumpulnya melalui perniagaan klinik giginya. Kalau betul dakwaan beliau saya yakin ramai orang Selangor tiada gigi sebab habis dicabut Khir Toyo. Selain itu sudah tentu gigi-gigi yang dicabut Khir Toyo memerlukan kawasan yang luas kerana terlalu banyak sehingga beliau berjaya mengumpul jutaan ringgit dalam simpanannya.

Kalau kita kira secara jujur dengan gaji dan elaun Menteri Besar dan Wakil Rakyat serta duit cabut gigi mustahil beliau dapat mengumpulkan sehingga puluhan juta walaupun beliau tidak membelanjakan satu sen pun duit gaji dan perniagaannya.


Persoalannya dari mana Khir Toyo memperolehi duit tersebut?????


Dalam perbicaraan tersebut, Nasir berkata beliau menerima bayarannya sebanyak RM500,000 dalam bentuk tunai daripada Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd Datuk Shamsuddin Hayroni dan Khir, yang ketika itu adalah menteri besar Selangor di kediaman rasminya.

Jumlah itu, dinyatakan Nasir pada hari ketiga perbicaraan rasuah Khir dibuat dalam bayaran ansuran sebanyak lima kali dan dibayar dengan tunai.




Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007.

Comments

Anonymous said…
umno tidak mahu masjid dijadikan tempat memberi kuliah politik kerana politik tidak ada dalam agama .
Anonymous said…
umno tidak mahu masjid dijadikan tempat memberi kuliah politik kerana politik tidak ada dalam agama .