Anwar tak bermoral, pemimpin Umno bermoral ke?

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, Pas perlu lebih tegas dengan menolak Anwar dan memilih wakil yang lebih bermoral serta tidak mengambil pendekatan berdiam diri.

Katanya, Pas sebelum ini menolak 'bertuankan' pemimpin yang tidak bermoral namun parti itu tidak mengambil tindakan serupa terhadap Anwar. Kenyataan beliau ini disiarkan oleh Utusan Malaysia hari ini.

Saya ingin bertanya kepada pencacai Umno itu, adakah pemimpin Umno bermoral?

Umno dipenuhi dengan pemimpin tidak bermoral.....

1) Ketua Menteri Melaka disabitkan dengan kesalahan rasuah semasa pemilihan Umno
2) Pengerusi Felda, ADUN Bagan Pinang disabitkan kesalahan rasuah sehingga digantung dari Umno
3) SIapa pemimpin yang ditangkap bersama seorang artis di Port Dickson?
4) Bekas Menteri Besar dibicarakan di Mahkamah sekarang kerana kesalahan rasuah.
5) Siapa bekas Ketua Menteri yang merogol gadis bawah umur?
6) Siapa Menteri Besar yang dituduh ada skandal dengan ipar sehingga terpaksa meletak jawatan
7) Siapa Menteri Besar yang membawa duit tunai ke luar negara bernilai jutaan ringgit
8) Siapa Menteri Besar yang melarikan anak Raja dan bernikah
9) Dan banyak lagi ...................

Mengapa JMM tidak mempersoalkan hal ini sehingga Ketua Menteri dan ADUN Bagan Pinang tersebut masih terus memegang jawatan penting walaupun terbukti melakukan kesalahan ......

Anwar tidak pernah dibuktikan melakukan zina dalam mana-mana mahkamah walaupun pencacai Umno menuduh beliau melakukan perkara terkutuk itu. Anwar mencabar supaya dibicarakan di mahkamah syariah kerana ianya melibat jenayah syariah. Namun ianya dilakukan oleh pencacai Umno.....

Comments