Anwar akan digantung lagi dari Parlimen?

Hari ini Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen setelah digantung selama 6 bulan. Anwar diarahkan keluar dewan pada Disember lalu selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mendapati beliau bersalah kerana cuba memesongkan Dewan Rakyat berhubung kempen 1Malaysia kerajaan.

Ahli Parlimen lain iaitu Karpal, Azmin dan Sivarasa, pula diarahkan keluar kerana menyokong Anwar dan menuntut Speaker membenarkannya mempertyhankan dirinya pada sidang tahun lalu.

Parlimen Malaysia telah mencatat sejarah paling buruk apabila menggantung Ketua Pembangkang semata-mata kerana membongkar kebobrokan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Nampaknya selepas ini jika kerajaan BN tidak mampu untuk menjawab soalan yang diajukan oleh PR mereka akan menggantung ahli Parlimen PR atas kesalahan-kesalagan yang sama. Kuasa di tangan mereka.

Mungkin Anwar dan lain-lain ahli parlimen akan menerima nasih yang sama.

Comments