(Tempatan) Ustaz Idris rasmikan Pusat Aduan Rakyat Dun Ayer Molek

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad merasmikan Pusat Aduan Rakyat (PAR) Dun Ayer Molek petang ini. Pusat Aduan  Rakyat ini merupakan yang kedua selepas PAR Bukit Baru yang dirasmikan Ustaz Nasaruddin Mat Isa September tahun lalu.

Pengarah MTD Ayer Molek, Haji Mustaffa Ali berkata keujudan PAR Dun Ayer Molek menjadi pemangkin gerakerja kebajikan dan khidmat masayarakat PAS kepada penduduk setempat.

"Kita akan berkhidmat kepada rakyat dan akan cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah rakyat serta membela rakyat dari diskriminasi dan kezaliman kerajaan BN" tegas Haji Mustafa.

PAR ini terletak bersebelahan dengan bulatan Ayer Molek. Dengan ujudnya Pusat Aduan Rakyat (PAR) Ayer Molek kita yakin PAS akan lebih diterima dan dirasakan kehadirannya ditengah-tengah masyarakat.

Comments