SIAPA YANG MAHUKAN KRISTIAN JADI AGAMA RASMI?

Akhbar Utusan sekali lagi memainkan isu sensitif. Kali ini mereka menjadikan tajuk mukadepan tentang agama kristian yang didakwa mahu dijadikan agama rasmi.

Yang peliknya siapa sebenarnya yang mahukan kristian menggantikan Islam sebagai agam rasmi????
  • PAS, PKR dan DAP dengan jelas berjanji akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi. Persetujuan jelas dinyatakan pada Konvensyen gabungan tersebut.
  • DAP menjelaskan sekali lagi bahawa mereka akan tetap bersetuju bahawa Islam adalah agama rasmi dan tidak pernah berbangkit isu menjadikan kristian sebagai agama rasmi.
  • Paderi-paderi besar di Malaysia juga menafikan perkara itu
Jadi siapa sebenarnya yang mahukan kristian menjadi agama rasmi?
Mengapa isu ini dibesar-besarkan?
Apa tujuannya?

Kita yakin pemerhati politik dan rakyat prihatin faham bahawa isu ini dimainkan adalah semata-mata untuk memburuk-burukkan PR khasnya DAP dan PKR.

Ada pula yang menuduh PAS senyap sunyi tidak membuat kenyataan. Apa perlunya PAS membuat kenyataan menegur DAP dan PKR sedangkan jelas terbukti bahawa PR akan tetap mempertahankan Islam sebagai agama rasmi.

Kita tunggu dan lihat siapa apa tindakan pihak berkuasa dalam hal ini. Sepatutnya akhbar Utusan siang-siang lagi diambil tindakan kerana memainkan isu sensitif. Jika Harakah, KeADilan dan Roket memainkan isu sensistif sebegini sudah tentu akhbar tersebut diambil tindakan keras.

Ramai yakin bahawa isu ini sengaja dibangkitkan oleh pihak yang kita tahu siapa guna untuk mendapat political mileage dengan memfitnah PR.

Dengan bersandarkah tulisan dalam blog yang boleh ditulis oleh sesiapapun isu ini disensasikan hanya semata-mata ianya memberikan impak yang besar kepada pihak tertentu yang sedang tergugat.

Comments