Dato' Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS dan TPJ Kedah. Berasal dari Alor Setar, Kedah. Juga diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Pokok Sena. Seorang pejuang kental sejak zaman mudanya. Mewakafkan dirinya kepada jemaah sejak awal 80-an ketika menetap di Pulau Pinang. Menjadi Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang beberapa penggal sebelum kembali ke negeri asalnya Kedah. Saya sempat menjadi AJK DPPN Pulau Pinang ketika beliau menjadi Ketua. Seluruh hidupnya diwakafkan kepada jemaah. Tinggal di Markaz Tarbiyah Pongsu Seribu beberapa lama sementara isteri dan anak-anaknya tinggal di Kedah. Seorang pemidato hebat. Berjaya menaikkan imej Dewan Pemuda PAS. Ditahan dibawah akta zalim ISA. Pernah diamanahkan sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat. Menyandang jawatan Naib Presiden selama pada penggal ini.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat. Bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama'. Seorang ulama' muda berkelulusan Sarjana Pengajian Islam. Berasal dari Bukit Gantang Perak. Lahir dalam keluarga ulama'. Bakat kepimpinannya terserlah sejak dari bangku sekolah. Menjadi pemidato terbaik bahas Piala Perdana Menteri ketika mewakili Kolej Islam Kelang. Diamanahkan sebagai pemimpin Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) dan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM). Pemidato yang lantang, berkaliber dan mempunyai idea yang hebat. Beberapa kali bertanding dalam pilihanraya umum dan kecil antaranya Dun Changkat Jering dan Parlimen Jerlun. Pernah berkhidmat sebagai Pensyarah UiTM selama lebih 10 tahun. Menulis beberapa buah buku berkaitan pendidikan dan isu-isu semasa. Seorang pemimpin yang berpotensi untuk masa depan.
Dato' Haji Husam Musa
AJK PAS Pusat, Timbalan Pesuruhjaya 2 Kelantan. Bekas Naib Presiden PAS dan AJK Pemuda PAS Pusat dan Ketua Dewan Pemuda Kelantan. Berasal dari Kota Bharu. Berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya. Bekas pemimpin pelajar UM. Mewakafkan dirinya kepada perjuangan sebaik sahaja selesai pengajiannya di UM. Mempunyai idea-idea yang bernas tentang pentadbiran kewangan, ekonomi dan sebagainya. Menjadi orang kepercayaan Tok Guru Nik Aziz dalam kerajaan Kelantan dalam hal-hal berkaitan ekonomi, kewangan, kebajikan dan sebagainya. Menubuhkan Kijang Care dan lain-lain NGO untuk kepentingan umum. Pemimpin pelapis yang bepotensi besar. Komitmen, pengorbanan dan ketabahan beliau sukar ditandingi kerana sanggup meninggalkan kemewahan dunia dengan tidak berkhidmat dengan mana-mana jabatan atau firma sebaliknya menyumbangkan sepenuh masanya kepada PAS.
Bersambung ..............
Comments