9 Mei : Baru minggu lepas minyak RON97 naik 20 sen. Belum reda rakyat menarik nafas hari ini kerajaan BN menaikkan pula harga gula sebanyak 20 sen juga. Alasan kenaikan harga 2 barang penting tidak lain adalah untuk rasionalisasi subsidi dan menjimatkan duit kerajaan. Satu lagi alasannya ialah harga barangan tersebut jauh lebih rendah dari negara-negara jiran.
Jika itu alasan yang diberikan maka tunggulah wahai rakyat Malaysia barangan utama itu akan dinaikkan puluhan kali selepas ini kerana kerajaan akan tetap memberikan alasan yang sama hanya untuk menyedap kata -kata dan memujuk rakyat. Yang peliknya Malaysia sebagai pengeluar minyak tetapi acapkali menaikkan harga minyak???
Terbukti sebenarnya kerajaan yang ada sekarang sudah tidak mampu lagi untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Bila kerajaan hendak berjimat maka rakyatlah yang dipaksa membayar lebih untuk barangan seperti minyak dan bahan utama lain. Pemimpin kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan tidak pula mnegamalkan penjimatan. Projek-projek besar terus dilaksanakan, rasuah menjadi-jadi, penyelewengan di sana-sini, ketirisan wang rakyat berlaku. Bila kerajaan hendak berjimat rakyat yang dikenakan dahulu.
Rakyat negeri Melaka lagi teruk, 1 April lalu tarif air dinaikkan Maksudnya sudah 3 kali mereka mengalami kenaikan barangan dalam masa 2 minggu. Sudah tentu mereka merasa impak besar dalam masa terdekat. Bila air, minyak dan gula naik sudah tentu barangan lain akan juga melambung naik. Rakyat akan terus sengsara dan menderita.
Kita ingin menyedarkan rakyat bahawa KERAJAAN BN YANG ADA PADA HARI INI SUDAH TIDAK MAMPU LAGI MEMERINTAH. MEREKA GAGAL UNTUK MEMASTIKAN RAKYAT SEJAHTERA. MALAH MEREKA MENAMBAH SENGSARA RAKYAT DENGAN MENAIKKAN TARIF AIR, HARGA MINYAK DAN GULA HANYA SEMATA-MATA UNTUK BERJIMAT DAN AKHIRNYA RAKYAT JADI MANGSA.
Comments