Pra-Muktamar : Tuan Ibrahim menang Timbalan Presiden, Husam-Idris-Nizar menang Naib Presiden, Zailah - Ketua Muslimat

Sehari dua ini saya begitu sibuk dengan urusan keluarga sehingga terpaksa mengambil cuti dari menghadiri beberapa program besar PAS Kawasan dan Majlis Tindakan Dun. Kekangan masa dan kelapangan membataskan gerakan dan aktivti seharian.

Namun begitu sempat juga menjenguk dan berbual dengan kawan-kawan dan pemerhati politik tentang Muktamar PAS Pusat yang bakal berlangsung pada 3-5 Jun ini lokasi paling nostalgia iaitu Taman Melewar.

Tumpuan sudah tentu terarah kepada pemilihan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ketua Muslimat. Ramai juga kengkawan yang menjangkakan bahawa Dato' Tuan Ibrahim akan membuat kejutan dipilih sebagai Timbalan Presiden yang baru. Beliau dikatakan mendapat sokongan yang kuat dari Pahang, Kelantan di mana hampir 100 % perwakilan dari kedua-dua negeri itu menyokong beliau.

Untuk jawatan Naib Presiden pertembungan amat sengit kerana terdapat 2 orang dari kalangan pendidikan agama iaitu Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah dan calon dari kalangan bukan pendidikan agama iaitu  YB Dato' Hj Husam Musa, YB Salahuddin Ayub, YB Dato Mahfuz Omar dan YB Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin. Beberapa sahabat dan pemerhati politik berpendapat salah seorang dari kalangan yang berpendidikan agama akan menang iaitu Ustaz Idris Ahmad. Manakala untuk 2 kouta lagi persaingannya sangat sengit. Dijangkakan undi yang mereka perolehi tidak banyak bezanya antara satu sama lain. Datuk Husam Musa dan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dijangka menang berdasarkan kepada beberapa faktor menurut pemerhati politik tersebut.

Antara faktor yang menyebabkan Husam menang ialah beliau dikatakan orang yang penting dalam membantu Tuan Guru di Kelantan dari segi perancangan ekomoni, kewangan dan pentadbiran selain dari mempunyai idea-idea yang baik dalam menyumbang kepada pembangunan Kelantan. Selain itu beliau juga merupakan petugas parti yang sangat komited dan tahan uji. Sebaik sahaja menamatkan pengajian beliau dari Universiti Malaya (UM) beliau terus sahaja mewakafkan dirinya kepada PAS Kelantan sehingga ke hari ini.

Datuk Seri Muhammad Nizar pula diilihat sebagai pemimpin 'versatile' yang diterima oleh semua pihak termasuk rakyat yang bukan Islam. PAS mesti mempunyai  pemimpin seperti ini bagi meneruskan kesinambungan perjuangan PAS for All. Selain dari Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Presiden beliau dilihat sebagai pemimpin yang sangat berpengaruh di kalangan rakyat yang bukan Islam. PAS mesti mempunyai seorang pemimpin yang seperti ini. Demikian hujah yang dikeluarkan oleh pemerhati politik kepada saya.

Bagi Dewan Muslimat pula kepimpinan Nuridah dilihat tidak begitu menonjol dan ramai berpendapat beliau perlu diganti dengan Zailah yang terkenal dengan kelantangannya di Parlimen.

Insya Allah saya akan menulis lagi tentang calon-calon lain ...................

Comments

Anonymous said…
Salam. Dimanakah nasib YB Salahuddin daripada kacamata kekawan tuan. Tidak berguna ke beliau sehingga jasa dan pengorbanan beliau selama menjadi Naib Presiden seolah-olah dipandang sepi oleh semua kekawan tuan. YB Salahuddin perlu jadi Naib Presiden sebagai mewakili golongan muda dan dari kawasan Selatan. Saya percaya perwakilan Johor, Melaka, Negeri Sembilang dan sebahagian kawasan seluruh Malaysia masih menaruh harapan pada YB Salahuddin sebagai pemimpin pelapis PAS. Sokonglah wakil dari negeri Selatan ye. Wslm.