(Negeri) Polis nafikan permit ceramah Anwar 13 Mei

Polis tidak memberikan permit untuk ceramah Anwar Ibrahim Jumaat ini yang dijadualkan berlangsung di Duyong. Alasannya seperti biasa tidak perlu kita nukilkan di sini.

Untuk itu pihak penganjur menjangkakan ceramah itu akan diganggu dan dihalang oleh pihak Polis sebagaimana gangguan yang dilakukan mereka di negeri-negeri lain sejak akhir-akhir ini. Terbukti pihak Polis tidak bertindak dengan professional walaupun slogan mereka menjanjikan sedemikian kepada rakyat.

Ceramah tersebut akan diteruskan sebagaimana dijadualkan. Pihak pengajur sudah pasti akan menyediakan pelbagai langkah keselamatan bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku. Kita berasa pelik dan hairan mengapa permit tidak dikeluarkan sedangkan ceramah PR tidak pernah menganggu ketenteraman awam kecuali ianya diprovokasi oleh pihak-pihak yang kita semua tahu siapa mereka.

Adalah diharapkan pihak Polis menggunakan budi bicara mereka dalam menjalankan tugas masing-masing. Blog ini mencadangkan kepada penganjur supaya membuat permohonan permit terus kepada Ketua Polis Negeri Melaka jika mereka belum berbuat demikian.

Comments