
Blog Shamsul di marahku.blogspot.com didapati kosong sejak semalam. Semua posting juga didapati telah dipadamkan.
Utusan memetik postingnya yang berjudul “Agong under threat? DAP wants to make Christianity the official religion of Malaysia?” yang membidas DAP kerana cuba meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan penganut agama Kristian menjadi perdana menteri.
Tindakan blogger ini menarik balik postingnya ini seolah-olah menunjukkan bahawa tulisanya hanyalah serkap jarang dan fitnah semata-mata. Untuk itu kita meminta Utusan MENARIK BALIK ARTIKEL MUKA DEPANNYA DAN MEMOHON MAAF KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA KERANA MENYEBABKAN RAKYAT TERGANGGU DENGAN ISU SENSITIF INI.
Pihak berwajib juga mesti mengambil tindakan kepada blogger dan media yang terlibat mensensasikan FITNAH ini.
Comments