8 Mei : BN sebenarnya tidak mempunyai isu untuk melemahkan PR dan kerajaan negeri pimpinan PR. Apa lagi isu yang mereka ada untuk memburuk-burukkan PR dan Kerajaan PR selain isu perkauman, hendak main isu negeri miskin negeri PR kaya dan senang; hendak main isu tidak pandai memerintah ianya tidak berbangkit, hendak main isu kemiskinan rakyat negeri BN lagi teruk miskinnya ...........jadi apa pilihan mereka selain membakar isu perkauman agar sokongan kepada mereka meningkat.
Jadi mahu tidak mahu terpaksalah mereka memainkan isu perkauman dan agama untuk meraih sokongan khasnya pengundi Melayu. Macam-macam tuduhan dan fitnah dilakukan kepada parti-parti dalam PR khasnya PKR dan DAP. PAS turut sama terkena tempias dari serangan kepada 'rakan kongsi'nya itu. Terbaru isu agama Kristian menjadi agama rasmi. Perkara ini tidak masuk akal, langsung tidak berbangkit kerana PR awal-awal lagi menyatakan bahawa agama Islam akan tetap menjadi agama rasmi dan akan ia akan diperkukuhkan lagi bukannya membiarkan Islam menjadi jumud dan tidak berkembang seperti sekarang. Apa yang kita sekarang, Islam hanya diletakkan setaraf dengan Jabatan-jabatan lain dan ianya bykan agama memerintah.
Isu PR anti Melayu dan Islam juga sering dimainkan oleh Umno/BN untuk mengujudkan kebencian umat Melayu Islam terhadap parti-parti dalam PR khasnya PAS. Lihat bagaimana Umno cuba mengeksploitasikian isu ini dengan pelbagai cara , ragam berita, rencana dan sebagainya guna untuk mengelirukan umat Islam agar mempercayai bahawa PR tidak suka kepada Islam.
Lebih malang lagi puak-puak ini sanggup menjadikan video porno sebagai salah satu cara kempen mereka untuk meraih sokongan. Mereka langsung tidak gusar dan bimbang dengan akhlaq remaja dan anak muda.
Sampai bila agaknya Umno/BN akan menggunakan taktik kotor dan jahat sebegini?????
Comments