(Nasional) Tarif Elektrik : Tak habis-habis tipu rakyat

Pimpinan Kerajaan Pusat (BN) tidak habis-habis menipu dan mengelirukan rakyat. Semalam Perdana Menteri, Najib Razak memberi jaminan sebarang kenaikan atau perubahan tarif elektrik pada masa depan tidak akan sesekali membebankan rakyat melalui kajian yang dilakukan kerajaan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, komitmen itu dibuktikan seperti mana kenaikan tarif elektrik pada masa ini seperti diumumkan kerajaan semalam yang tidak melibatkan 75 peratus daripada pengguna domestik atau isi rumah tempatan.

Mungkin ramai yang tidak terbabit dengan tarif baru elektrik ini TETAPI sedarkah kita bahawa syarikat-syarikat, kilang-kilang dan firma-firma begitu terkesan dengan kenaikan tarif elektrik ini dimana kos pembuatan barangan, kos perkhidmatan sudah tentu akan meningkat. Bila kos pembuatan, kos perkhidmatan meningkat maka sudah tentu mereka akan menaikkan harga barang dan caj perkhidmatan. Maka sudah tentu semua barang keperluan harian dan caj perkhidmatan akan dinaikkan. BUKANKAH INI AKAN MENYEBABKAN RAKYAT TERPAKSA BERBELANJA LEBIH UNTUK KEHIDUPAN SEHARIAN.

Bayangkan jika semua barangan keperluan harian naik antara 20-50 sen satu barangan, berapakah lebihan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dalam masa sehari, sebulan dan seterusnya, Sedangkan pendapatan rakyat tidak meningkat, gaji tidak naik dan sebagainya. Rakyat makin sengsara.

Sebenarnya kerajaan yang ada pada hari ini sudah tidak mampu lagi mentadbir negara kita. Sebab ituah bila kerajaan mengalami masalah kewangan mereka menekan rakyat dengan menaikkan tarif elektrik, barangan terkawal, minyak dan air dan sebagainya.

Rakyat wajib menolak kerajaan yang ada pada Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

Comments

otaklunyai said…
yang paling karut adalah rakyat yg disuruh berjimat menggunakan tenaga elektrik sedang mereka sewenang2nya menaikkan tarif tenaga. Apakah pak mentri pak mentri semua peduli dgn kenaikan ini bilamana mereka menikmati tenaga elektrik secara percuma... rakyat yg kena bayar bil elektrik rumah mereka... karut betul...