(Nasional) Tarif Elektrik Naik : Satu lagi bukti RAKYAT DIDAHULUKAN

Kerajaan persekutuan membuktikan bahawa RAKYAT MEMANG DIDAHULUKAN apabila menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air  Peter Chin Fah Kui cuba mengelirukan rakyat dengan berkata bahawa seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.

Rakyat seharusnya sedar bahawa dengan kenaikan tarif elektrik ini sudah tentu kos pengeluaran barangan dan kos perkhidmatan yang sudah tentu menggunakan elektrik akan melambung naik. Apa jaminan kerajaan bahawa pengeluar barangan dan syarikat perkhidmatan tidak menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka?

Ternyata kerajaan terus menerus mendera rakyat sesudah menaikkan harga gula, minyak RON97 dan air (Melaka).

Slogan RAKYAT DIDAHULUKAN memang benar iaitu diDAHULUkan dengan kenaikan tarif elektrik, minyak dan air.

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PENGUNDI BN serta TAKZIAH KEPADA PENGUNDI PR.



Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.



Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Comments