(Nasional) Tarif Elektrik : Jangan Tipu Rakyat

Setiap kali kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak, tarif elektrik dan sebagainya, kerajaan akan memberi alasan ianya tidak membebankan rakyat dan kerajaan akan mengawal harga barangana agar tidak naik. Namun semuanya indah khabar dari rupa dan bagaikan menanam tebu di bibir mulut. Apa yang kita lihat barangan dan caj perkhidmatan melambung tinggi sebaik sahaja kenaikan diumumkan kerajaan.

Semalam kerajaan BN memberikan 'hadiah' terbaru kepada rakyat sebagai tanda terima kasih apabila menaikkan tarif elektrik. Pengumuman ini sekali lagi diiringi dengan penipuan apabila menyatakan bahawa ianya tidak menjejaskan rakyat sedangkan sudah pasti harga barang dan caj perkhidmatan akan dinaikkan selepas ini.

Semalam Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.


Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.

Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Comments