(Nasional) Kenali Calon pimpinan PAS Pusat dari pandangan mata saya

Sukar bagi saya untuk memilih calon-calon pimpinan PAS Pusat yang akan bertanding pada Pemilihan Parti Islam SeMalaysia yang disayangi oleh semua ini.

Saya mula bersama dengan PAS sejak dari Tingkatan 2. Saya diasuk oleh ibu bapa saya supaya beriltizam dengan PAS ke mana sahaja saya pergi. Sudah lama saya mengenali kebanyakan pimpinan PAS ini samada secara personal ataupun secara pembacaan.

Di bawah ini saya nukilkan serba sedikit latarbelakang pimpinan PAS tersebut. Tolong betulkan jika fakta yang saya catatkan di sini tidak tepat.

1) Ustaz Nasaruddin Mat Isa.
Seorang pemimpin yang sudah banyak pengalaman sejak dilantik menjadi Setiausaha Agung PAS oleh Almarhum Dato Haji Fadzil Mohd Nor. Sebelum beliau pernah menjadi Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Bekas seorang Pensyarah Universiti di UIA dalam bidang undang-undang. Berkelulusan Sarjana Undang-undang dari luar negara. Berkemahiran dalam beberapa bahasa khasnya Melayu, Inggeris dan Arab. Sudah 2 penggal menjadi Ahli Parlimen iaitu Yan (1999-2004) dan Bachok ( 2008 - sekarang). Di amanahkan sebagai Timbalan Presiden selama 2 penggal. Seorang pemimpin berkarisma, disegani kawan dan lawan. Kemahirannya membentang kertas kerja tarbiyyah dan sering dijemput oleh badan-badan politik atau NGO di dalam dan luar negeri. Menjadi contoh kepada pemimpin muda supaya bersiap siaga untuk diamanahkan menjawat jawatan yang tinggi dalam jemaah. Ceramah beliau penuh dengan fakta dan disusun secara sistematik.

2) Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Pahang. Berasal dari Kg Batu Balai, Jerantut. Terkenal sebagai penceramah agama yang hebat sebelum dilantik memegang amanah yang besar dalam parti. Berkelulusa Sarjana dalam Pengajian Islam. Bekas Pensayarah Kanan UiTM. Meletakkan jawatan untuk bertanding pada PRU 1999 di Dun Jengka dan menang. Seorang pemidato yang hebat. Merupakan anak saudara kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tewas dalam PRU 2004 dan PRU 2008 di Dun Jengka dengan majoriti kurang dari 1000 undi. Seorang yang dilihat tenang, warak dan berilmu. Mempunyai hubungan yang rapat dengan pimpinan DAP dan PKR Pahang. Juga mempunyai hubungan yang akrab dengan Tengku Mahkota Pahang. Tinggal di Bandar Jengka.

3) Haji Mohamad Sabu.
AJK PAS Pusat. Seorang pejuang kental dan tahan uji. Pemidato hebat yang mahir dalam sejarah politik Malaysia dan dunia. Mempunyai hubungan yang rapat dengan pimpinan gerakan Islam luar negara. Berkelulusan dari ITM. Berjuang bersama PAS sejak dari zaman muda beliau. Berasal dari Padang Menora, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seorang yang dilihat berani, tegas tetapi sebenarnya lemah lembut dan sopan santun.Berkahwin dengan Puan Normah Alwi dan tinggal di Shah Alam. Menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri (1990-1995), Kubang Kerian (1995-1999) dan Kuala Kedah (1999-2004). Mampu berhujah dan memberikan soalan yang mematikan hujah lawan di dalam parlimen. Pernah menjadi Pemangku Ketua Pemuda PAS Pusat, AJK PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Naib Presiden PAS. Sudah beberapa kali dituduh berceramah tanpa permit dan menang kes tersebut di mahkamah. Mampu memobilisasikan ahli PAS untuk berdemonstrasi.

4) Salahuddin Ayub
Naib Presiden PAS. Bekas Ketua Dewan Pemuda yang disegani lawan dan kawan. Berjuang dalam PAS sejak zaman muda. Menjadi AJK Pemuda PAS sejak era Ustaz Abu Bakar Chik dan Mahfuz Omar sehingga ke zaman beliau memimpin Pemuda PAS. Seorang pekerja parti yang komited, taat setia dan tahan uji. Pernah masuk penjara. Berkorban apa sahaja untuk parti sejak dari zaman muda. Berasal dari Kg Serkat Pontian Johor. Berjaya menaikkan imej Dewan Pemuda sehingga disegani lawan dan kawan. Menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian sejak 2004. Mampu menyampaikan ucapan dan hujah dengan baik di Parlimen dan pentas politik.

Bersambung .........................

Comments

Anonymous said…
Surah ALBAQARAH 246 BERMAKSUD

ALLAH PILIH TALUT JADI KETUA SEDANGKAN DIKALANGAN MEREKA ADA NABI SYAM “ UN KERANA TALUT SEORANG YANG BERANI BEGITU JUGA MAD SABU PATUT JADI TIMBALAN BUKA MAKNA KITA TOLAK ULAMAK .ULAMAK WAJIB BANTU MAD SABU PADA MASA SEKARANG.Hujah ini cukup kuat.Mari kita sama sama buka Alkuraan dari cari maksud.Hujah ini di rujuk pada ulamak luar yang lebih istikhomah dengan perjuangan.