Pihak berkuasa Perancis kini menjalankan siasatan berhubung sama ada komisyen dibayar dalam perjanjian bernilai RM7.3 bilion antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan yang berpangkalan di Perancis, DCNS. Bayaran seumpama itu adalah tidk sah mengikut undang-undang Perancis.
Menteri-menteri Umno khasnya mula takut dan gusar.Najib juga sudah tentu berdebar-debar menanti apa perkembangan selanjutnya tentang perbicaraan ini. Mana tidaknya sudah tentu mereka yang terlibat ini tidak berani berbohong dan tidak mempunyai imuniti seperti di Malaysia. Di Perancis sesiapa sahaja boleh dihukum jika disabitkan kesalahan.
Pada 2009, NGO hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengemukakan saman ke atas DCNS di mahkamah di Paris dalam apa yang didakwa mereka sebagai rasuah aktif dan pasif, menjalankan urusniaga berdasarkan habuan dan menyalah-guna aset koporat.
Suaram sedang mengumpulkan dana bagi menanggung membiayai kos guaman kepada peguam-peguamnya.
Apabila diminta mengulas perkembangan itu, Menteri Pertahanan sekarang iaitu Zahid berkata: “Saya sedia ke mahkamah jika diminta berbuat demikian tetapi syaratnya mesti diluluskan oleh kabinet. Jika kabinet tidak benarkan, maka saya tidak perlu pergi.”
Apa komen Menteri Pertahanan yang memegang jawatan tersebut semasa pembelian kapal selam itu? Kita tunggu komennya ..................
Kapal selam yang dibeli tersebut menggemparkan negara kita kerana ianya dikaitkan dengan pelbagai kontroversi antaranya pemberian komisen dan kematian seorang wanita Mongolia.
Sumber : Malaysiakini
Sumber : Malaysiakini
Comments