(Nasional) Fitnah Video porno tak mengena, ujudkan fitnah baru.

Fitnah Video Porno diihat semakin dilupakan. Majoriti rakyat tidak percaya dengan fitnah tersebut. Malah mereka menyimpan dalam hati kebencian kepada kerajaan BN kerana membiarkan video porno/lucah ini ditayangkan di dalam TV dan media arus perdana. Insya Allah kebencian ini akan diterjemahkan dalam peti undi.

Setelah fitnah dahsyat porno ini tidak mengena, mereka mencipta fitnah baru ialah kristian jadi agama rasmi. Nampaknya fitnah ini juga memakan diri mereka sendiri. Hanya dengan posting blog picisan mereka mengambilnya sebagai bukti ujudnya gerakan sedemikian. Ianya dinafikan oleh semua Paderi. Akhirnya Najib terpaksa melutut bertemu dengan Paderi mungkin untuk meminta maaf agaknya.

Kini fitnah seterusnya diwar-warkan iaitu, Anwar dituduh menggelarkan Najib dengan nama Pandikutty. Tidak habis-habis fitnah demi fitnah dilemparkan oleh mereka kepada Anwar, pemimpin-pemimpin PR dan PR sendiri. Mereka ini sebenarnya tersilap percaturan kerana anggapan mereka rakyat hari ini ini masih mempunyai minda seperti rakyat tahun 60-an. Sedangkan rakyat majoritinya sudah celik dan faham akan politik semasa. Selain itu majoriti rakyat juga mempunyai saluran maklumat alternatif. Mereka tidak mungkin menerima segala fitnah itu secara membuta-tuli tanpa usul periksa.

Kita yakin selain membuat fitnah untuk menjatuhkan musuh politik mereka, tujuan yang kedua ialah mereka ingin mengalihkan tumpuan rakyat dari beberapa isu penting yang menekan rakyat sehari dua ini. Kenaikan harga minyak, gula (dan air di Melaka) dan kesengsaraan rakyat akibat kenaikan harga barang itu mungkin dilupakan rakyat kerana leka dengan cerita porno, cerita kristian jadi agama rasmi dan sebagainya.

Sedarlah wahai bapak FITNAH, janganlah lambakkan lagi dosa kita. Dosa yang kita ada inipun sudah tidak tertanggung, apakah kita ingin menambah dosa dengan yang lebih besar dari dosa membunuh.

Comments

Anonymous said…
dari dulu lagi...ada ungkapa >> jgn sampah fitnah makan diri <<..nampaknya.....mmg ungkapan itu dibuat kerana ada kebenarannya....