(Nasional) BN adakan pilihanraya olok-olok, tanda PRU semakin hampir

BN akan mengadakan pilihanraya olok-olok tidak lama lagi. Jumaat ini Dewan Tertinggi BN akan bermesyuarat bagi membincangkan pelaksanaan pilihanraya olok-olok tersebut. Pilihanraya olok-olok atau 'Dry Run' biasa dilakukan oleh BN bagi menguji jentera dan kecenderungan pemilih. Ianya akan menjadi salah satu kayu ukur kepada BN bagi menilai persiapan dan peluang mereka pada PRU terdekat.

Nampaknya jelas bahawa BN benar-benar ingin mengadakan PRU dalam masa terdekat. Tandanya serangan media yang menggila, fitnah porno dan melampau kepada Anwar, pilihanraya olok-olok dan lain-lain.

Jadi kepada petugas PR jangan duduk diam lagi, 24 jam mesti digunakan untuk menggerakkan jentera dan memastikan rakyat faham dan sedar akan kebobrokan kerajaan BN yang zalim, khianat, rasuah dan lucah ini.

Comments