(Nasional) Anwar cabar Najib berdebat

Anwar sekali mencabar Perdana Menteri, Najib Razak berdebat dengannya dalam apa juga isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

"Najib boleh cakap 30 minit, saya cakap 10 minit sahaja pun tak apa, sudah lama kita cabar Perdana Menteri tapi sampai sekarang dia tak berani".

Anwar berkata demikian pada ceramah yang dianjurkan PKR di Dataran Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil malam tadi.

Najib sejak dari dahulu lagi membisu seribu bahasa tanpa menjawab cabaran dari Anwar dan pemimpin-pemimpin PR yang lain. Terbukti Najib tidak berani berdepan dengan PR dalam apa juga keadaan.

Comments