(Nasional) Anwar adalah bapak segala ejen-ejen di dunia?

Hebat sungguh Anwar. Beliau dituduh sebagai Ejen Yahudi, Ejen Amerika, Ejen Kristian, Ejen Cina segala macam ejen. Pendekata James Bond pun kalah. Hero filem itu hanyalah Ejen 007 tidak lebih dari itu.

Lepas itu kita tidak tahu apa beliau akan dilabelkan sebagai ejen apa.

"Saya ini lebih hebat dari James Bond sebab saya dikatakan sebagai Ejen Yahudi, Amerika, Kristian, Cina dan sebagainya., James Bond pun kalah" kata Anwar.

Beliau berkata demikian pada ceramahnya di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil.

Begitulah tuduhan dan fitnah yang dikenakan kepada Anwar tidak pernah padam.

Comments