Lebih baik minum kopi dengan orang bukan Islam dari minum arak bersama orang Islam

Bukit Katil : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata lebih baik minum kopi bersama orang bukan Islam dari minum arak bersama orang Islam.

Beliau membuat kiasan itu yang bermaksud lebih baik berjuang menegakkan keadilan, kebajikan, menentang kezaliman dan rasuah bersamad DAP dari bersekongkol dengan Umno/BN yang terlibat dengan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan melakukan kezaliman.

"PAS akan tetap bersama dengan DAP dan PKR atas semangat setiakawan. Orang Islam tidak akan mengkhianati perjanjian dan semangat setiakawan".

"Kita tidak sanggup bergelumang dengan maksiat rasuah, fitnah dan lucah yang dibawa oleh Umno sekarang, PAS langsung berhasrat untuk bergabung dengan Umno di dalam BN seperti yang ditegaskan oleh Presiden PAS" kata Khalid yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik PAS Pusat.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil dan Majlis TIndakan Dun Bukit Baru.

Menurutnya Umno sudah hilang arah dan terkapai-kapai mencari tempat berpaut bagi meneruskan perjuangan mereka yang sudah tidak relevan.

"Umno memfitnah DAP dan PAS serta PKR lepas itu ajak PAS dan DAP masuk BN, memang muka tak malu".

"Umno sudah tidak mempunyai senjata lagi semua peluru yang mereka gunakan termasuk isu video seks, isu negara Kristian dan sebagainya menikam diri mereka sendiri' tambah Khalid.

Khalid juga berkata seluruh jentera Pakatan Rakyat mesti bersedia dari sekarang kerana Pilihanraya Umum e 13 dijangka diadakan bila-bila masa.

"Pilihanraya Umum tidak lama lagi ada ramalkan ia diadakan pada Julai ini sebelum Ramadhan, ada yang ramalkan selepas pembentangan bajet 2012".

"Namun begitu Najib akan mendapat maklumat dari Cawangan Khas Polis, Bahagian Risikan Angkatan Tentera dan bomoh peribadinya, jika Najib yakin menang beliau akan bubar parlimen" kata Khalid.

"Kalau dia tunggu lebih lama, Najib takut, BN akan kalah lebih teruk malah mungkin terlepas Putra Jaya" ujar Khalid.

Khalid juga membidas Presiden Perkasa Ibrahim Ali yang memalukan Islam berkaitan dengan su negara Kristian yang dicipta oleh Umno/BN untuk menarik sokongan orang Melayu/Islam.

"Ibrahim cuba menjadi jaguh dan juara Islam. Tidak semena-mena Ibrahim Ali mengisytiharkan Perang Salib kononnya untuk mempertahankan Islam sebagai agama rasmid dan pesekutuan."

"Dari mana Ibrahim belajar tentang Islam dan sejarah Islam. Perang Salib diisytiharkan oleh Paderi Yahudi/Tentera Yahudi terhadap Islam. Sepatutnya Ibrahim isytihar Perang Sabilillah atau Perang Sabil bukan Perang Salib. Ibrahim telah memalukan Islam dan dirinya sendiri. Kononnya untuk menjuarai Islam dan Melayu tetapi dia sendiri faham tentang Islam" kata Khalid.

"Sudahlah isu ini isu rekaan dan fitnah kepada DAP, Ibrahim pula memalukan dirinya sendirinya dan Islam, lain kali kalau tidak tahu jangan bercakap diam lebih baik " ujar Khalid.

Comments

Putra IJ80 said…
Quote""Lebih baik minum kopi dengan orang bukan Islam dari minum arak bersama orang Islam"unquote

Subhanallah...

Satu perbandingan yg.sangat menyusup di hati.:( :(