Kerajaan BN 'sembelih' rakyat, kita jangan diam diri

Kerajaan BN terus menerus 'menyembelih' rakyat dengan menaikkan harga minyak, gula, air dan tidak lama lagi kemungkinan tarif elektrik. Tindakan kerajaan BN ini menyebabkan rakyat terus menderita dengan kenaikan harga barang ekoran dari peningkatan kos bahan mentah, kos pengangkutan dan kos pengeluaran barangan serta kos perkhidmatan disebabkan kenaikan bahan-bahan di atas.

Rakyat jangan jadi ayam daging yang berdiam diri walaupun dimasukkan ke dalam sangkar dan kemudian disembelih. Rakyat jangan termakan-makan dengan gula-gula kerajaan BN yang cuba mengelirukan rakyat kononnya penarikan kos subsidi minyak, gula dan sebagainya akan dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan.

Bukankah tanggungjawab menyediakan pembangunan dan kesejahteraan adalah tanggungjawab kerajaan umpama ayah menyediakan makan pakai untuk anak. Malangnya kerajaan BN yang ada pada hari ini sudah tersasar jauh. Pembaziran demi pembaziran dilakukan. Ketirisan duit akibat rasuah dan penyelewengan sudah menjadi perkara biasa bagi mereka. Akibatnya rakyat  yang menerima bahananya.

Terbukti kerajaan sudah tidak berdaya lagi untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Sepatutnya kerajaan bertanggungjawan untuk melaksanakan pembangunan dengan duit cukai dan hasil yang lain untuk membuat pembangunan bukannya dengan  menarik subsidi dari rakyat menyebabkan rakyat terbeban dan menderita.

Kerajaan begitu kedekut dengan rakyat dalam hal pemberian subsidi tetapi begitu pemurah dengan kroni-kroninya sendiri seperti IPP (Penjana Bebas elektrik) dengan jumlah subsidi sebanyak RM19 bilion setahun. Dengan rakya kerajaan BN begitu berkira tetapi dengan kroni mereka memberikan apa sahaja demi kroni. Inikah yang dikatakan kerajaan prihatin dan mendahulukan rakyat.

Andaikata BN sudah tidak sanggup dan tidak ada daya usaha lagi untuk memnbantu rakyat silalah turun dari tampuk pemerintahan dan beri peluang kepada PR memerintah. Insya Allah tiada ketirisan, rasuah dibasmi, pemyelewengan disekat, kronisme lenyap dan sebagainya. Malangnya sudah lebih 50 tahun perikatan/BN memerintag tetapi gejala negatif tersebut terus membarah dan tidak berpenghujung.

Kita harap rakyat sedar dan jangan disembelih untuk kesekian kalinya, Ayuh mari kita sedarkan rakyat supaya bangkit menolak BN pada PRU 13 nanti.

Comments

sembangpolitik said…
Mutaligat,
Tak payah la na cakap kerajaan BN sembelih rakyat. Yang aku komen pasal kerajaan PAS tidak amanah, tidak bertanggungjawab berhubung wang kerajaan pusat yang disalurkan melalaui JKR tidak pula engkau siarkan. Engkau takut atau engkau MutaSIAL? Bukan engkau saja. Malah blogger-blogger PR terutamanya penyokong Parti Anak Syaitan (PAS) amatlah penakut, contohnya blog Kedah Lanie, Bloglist Malaysia termasuklah engkau. Rupa-rupanya puak-puak PAS ini hanya pandai mengata orang. Diri sendiri harapkan kopiah berat 40 pikoi saja
Anonymous said…
kalu nok muroh,dok kat singapore saje, smua kjaan sana bagi subsidi...hahahhahahhahahhhhh
sembangpolitik said…
Bila pula kerajaan BN sembelih rakyat? Engkau ini guna tajuk yang kononya menarik untuk orang lawat blog engkau, dan engkau buat duit bila orang melawat blog engkau.Tak ada cara lain ka nak cari duit dan tipu orang ramai? Harapkan kopiah atau serban putih saja. PAS suda nayak menipu rakyat. Jangan dok tipu lagi. Dosa nooo. Kalau ikhlas dan berani, siarkan komen ini.
sembangpolitik said…
Blog engkau ni jadikan tapak iklan lagi baiklah. Untuk kau cari makan dan tipu orang ramai. Tak payah cakap pasal perjuangan. Engkau ni penakut. Oopss sori, engkau juga pengkianat bangsa dan agama.