Hutang Malaysia dijangka meningkat sehingga RM470 bilion

Malaysia akan bangkrap jika kerajaan BN akan terus memerintah lebih lama. Ini kerana hutang negara kita semakin meningkat dan dijangka sehingga mencecah RM470 bilion.

Ahli Parlimen Shah Alam, YB Ir Khalid Samad berkata disebabkan kegagalan kerajaan BN memerintah disebabkan rasuah, pembaziran dan penyelewengan hutan negara semakin meningkat.

"Bajet  Malaysia defisit selama 13 tahun berturut-turut, hutan meningkat setiap tahun dan dijangka meningkat sehingga RM470 bilion" kata YB Khalid.

Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran PAS di Kg Bukit Pulau malam ini.

Bayangkan tuan-puan jika hutang RM470 juta berapakah hutang yang tiap-tiap rakyat tanggung. Tuan-puan boleh kirakan sendiri.

Comments