DAP mengorak langkah ke hadapan dengan menerbitkan portal berita Bahasa Melayu walaupun sepatutnya sudah lama berbuat demikian. Portal Bahasa Melayu ini diberi nama Roketkini bukan sahaja akan bertindak sebagai portal berita tetapi juga sebagai “jenama bagi kami untuk mengadakan forum-forum, perbincangan dan acara-acara dalam Bahasa Malaysia untuk mendekati demografi ini.”.
Diharapkan penerbitan Roketkini akan menyemarakkan lagi maklumat alternatif dan tepat yang professional, telus dan terkini yang sangat dinanti-nantikan oleh rakyat.
Rakyat sudah muak dengan berita-berita berat sebelah, fitnah, bohong dan jahat. Portal ini boleh dilayari bermula hari ini. Ianya boleh diakses melalui http://roketkini.com/.
Comments