Bukit Katil 8 Mei : Ramai pemerhati politik menjangkakan Pilihanraya Umum akan berlangsung pada tahun ini juga. Namun ramai juga yang tidak meramalkan sedemikian. Apapun bagi sebuah parti politik samada pilihanraya cepat atau lambat, mereka mesti sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Bagi PAS, kita sentiasa bersedia sepanjang masa. PAS bergerak bukannya secara bermusim. Tetapi kita bergerak setiap masa sebagai sebuah Gerakan Islam dan Parti Siasah. Kerja dakwah kita pernah berhenti walau sedetik. Jika ianya berhenti maka wajar ahli gerakan Islam beristighfar kepada Allah kerana tuntutan dakwah adalah wajib dan tidak pernah terhenti. Begitu juga dengan gerakan siasah Islam.Kita mesti peka dengan segala perkara yang berlaku disekeliling kita tanpa mengira masa, tempat dan kedudukan.
Bagi menghadapai PRU 13, semua peringkat mesti menubuhkan 'team' yang kita mimpinkan iaitu 'Winning Team' (WT). Apakah ciri-ciri 'WT' ini adalah team yang sentiasa taat kepada Allah dengan segala amalan wajib dan sunnat seperti tahajjud, puasa dan sebagainya. Selain itu anggota WT juga seorang yang komited, berilmu, bersemangat, sanggup berjihad, siapa siaga sepanjang masa, wala' kepada pemimpin dan seumpamanya. Pendekata WT cukup lengkap dengan segala ilmu pilihanraya, strategi dan tipu muslihat pilihanraya.
WT bukannya boleh dibentuk sekelip mata tetapi ianya tidak mustahil dapat dibentuk. Oleh itu mari sama-sama kita menyediakan diri kita untuk menjadi WT dengan kita bersedia ditarbiah, dilatih dan sebagainya. Jangan kita hanya berangan-angan untuk menang tetapi tidak pernah bersedia untuk mempersiapkan diri menjadi anggota WT.
Kita amat tertarik dengan pembentangan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad (gambar), Sabtu lalu, yang menyatakan bahawa kemenangan bukan sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah tanpa persediaan rapi dan bersungguh-sungguh. Perjuangan menegakkan Islam bukannya perjuangan main-main dan sambil lewa. Perjuangan ini memerlukan perancangan, strategi dan tipu muslihat yang ditunjangi dengan ilmu, taqwa, jihad dan semangat setiap anggota jemaah.
Beliau berkata demikian dalam pembentangan beliau kepada petugas-petugas PAS di Bukit Katil Sabtu lalu.
Comments