(Ceita masyarakat) Kenangan bersama ayahanda.

Ditangan saya sekarang tergengam erat business class boarding pass bertarikh 11 May 2010, puas saya fikirkan kenapa saya menyimpan keratan ini dgn elok dalam file saya...rupanya ia adalah satu kenangan untuk saya kenang sampai bila-bila." Tarikh hari ini pada tahun lepas jam 11.00 pagi waktu Malaysia, saya memohon untuk pulang ke Dubai dari Abah.

Selepas doktor pakar mengesahkan yg abah boleh keluar selepas waktu makan tengahari dari Unit Pliatif Hospital besar Melaka. Saya menghampiri abah dengan tesenyum. Saya mohon izin untuk pulang ke Dubai kerana anak-anak saya tinggal sendirian kerana suami ditugaskan ke Toulouse, France. Abah cuma diam dan memandang muka saya dengan mata bundarnya. Saya tersenyum tawar dan mengatakan doktor kata kesihatan abah makin baik jadi sudah di benarkan untuk berehat di rumah. Saya tau abah penat dan masih sakit, walaupaun salur urine nya makin clear tanpa titisan darah segar lagi.

"Abah kome balik dulu, sb Kartini ngan Kartika tinggal sendiri kat Dubai, nanti kome balik lagi ya Bah....lepas budak2 habis exam...." saya tau hati abah tak senang kerana dari beberapa hari lepas dia asyik menyebut nama abang2 saya, bertanya bila abang sulung dgn kakak ipar yg tinggal di Temerloh untuk melawat dia. Anak saudara yg duduk di kaki katil terus datang mendekati Abah. Saya pergi bersiap mandi di bilik air wad paliatif tersebut dan mencari pasport dan tiket saya, sambil di perhatikan oleh abah. " Mbung nak balik jugak ke?" Abah soal cucu nya yg masih berada di tepinya dgn mata yg bergenang. " Takkk.....Mbung kat sini jaga Tok, nanti mak ngan ayah kan nak datang....jawab Kartina anak saudara saya yg memang seorang yg lemah lembut dah sabar menjaga atoknya,.saya tahu hati abah sayu kerana saya nak tinggalkan dia, memang hati saya berbelah bahagi, tanggungjawab sebagai emak dan sebagai anak datang serentak, hati saya menangis sbb saya tak bole menangis depan abah, itu mmg pesan kakak supaya abah tak terlalu sedih. Saya jabat tangan abah duduk disinya dan mengucup dahinya yg hangat.

"Bila nak balik lagi?soal abah" " Nanti lagi 2 minggu kome balik." " Balik semua ker?" sambung abah lagi" "Insyaallah semua "...

Saya memandu kereta avanza saya dengan hati yg berat, tapi tangungjawab saya sebagai seorang ibu menunggu saya di Dubai. Itu lah saat terakhir saya berdepan dgn Abah kesayangan saya, kerana memang 2 minggu kemudian saya pulang semula untuk hanya menziarah kuburnya. Saya mendapat berita pemergian Abah pukul 4.04 pagi waktu Dubai dan penerbangan terawal yang saya boleh amik hanya lah jam10.00 pagi. Saya redha cuma saya sangat2 sayu kerana saya satu2 nya anak abah yg tak meribanya masa Abah pergi. Al fatihah untuk Abah. I luv u so much Abah.

Kepada yang masih mempunyai ibu dan ayah, jagalah mereka baik-baik.

Mohon kebenaran penulis untuk diposting di blog ini. Nama dalam cerita ini bukan nama sebenar.

Comments