RASUAH PENGUNDI SEMAKIN MENJADI-JADI

BN mula menggiatkan tindakan merasuah pengundi bagi memenangi pilihanraya negeri Sarawak. Malaysiakini melaporkan bahawa BN memberikan RM1000 kepada pengundi di Dun Ba' kelalan iaitu Dun di mana calon PKR Baru Bian bertanding dan dijangka akan menang. BN benar-benar terdesak dan takut Baru menang sebab itulah mereka bermati-matian mahukan Baru tewas kali ini. Mereka tahu jika Baru tewas dan ditakdirkan PR menang majoriti di Dun Sarawak, PR mungkin terpaksa mencari calon untuk jawatan Ketua Menteri. BN tidak sedar bahawa PR mempunyai ramai pemimpin berkaliber dan bersih bagi mengetuai kerajaan negeri. Tidak seperti BN yang ketandusan pemimpin bersih, telus dan bebas dari kontroversi. Tindakan merasuah pengundi ini bukan cerita baru malah BN memang terkenal dari dahulu, kini dan harap-harap tidak selamanya menjalankan kerja dosa dan tidak bertamadun itu. Selain itu adalah diharapkan SPR dan SPRM menjalankan kewajipan mereka menyiasat dan mengambil tindakan terhadap perasuah-perasuah ini demi kesejahteraan negara dan rakyat.

Comments

kalawangi said…
ada berani ke SPR n SPRM?owner moto kapcai bolehlah diorang amik tindakan....